Thursday, December 13, 2012

REALITI KEHIDUPAN SEKARANG !!!

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SELAMAT MALAM.. SALAM SEJAHTERA.. 
~ ALHAMDULILLAH masih diberikan pernafasan yang baik untuk terus hidup di muka bumi ALLAH S.W.T ini.. dan masih tiada apa2 yang berlaku bukan..?? bak kata dulu2... tahun 2012 bertarikhkan 12/12/12 akan berlakunya kiamat bukan..? sapa masih ingat?? angkat tangan.. hehe :) alhamdulillah masih hidup kita kan.. bersyukurlah pada-NYA.. tetapi andaikatalah kiamat memang berlaku pada tarikh demikian bersediakah kita dengan segala amalan2 untuk ke akhirat... saya pasti diantara kalian akan berkata, berbisik di dalam hati bahawa kamu semua tidak bersedia lagi bukan.. begitu jugalah dengan sang penulis yang lemah ini.. 
~ namun di sini siapa tahu apa yang saya nak celotehkan di dalam teks ini.. sapa tahu silalah jawab................................................................... :) tapi sebelum tue saya nak kamu semua tengok dan fahami serta hayati apa yang diperkatakan dalam vdeo ini..

baiklah.. semua dh tgk kan... apa yang anda faham??
YA ALLAH... ASTAGFIRULLAH... YA ALLAH...YA ALLAH.. YA ALLAH
apa yang dah jadi dengan negara kita...? :'( sedih sesangat
kita GOLONGAN YANG LEMAH.. DAH LEMAH kengkawan.. sedangkan baginda pun dah berkata "ketika itu mereka lebih ramai yang TIDAK BERGUNA, TIDAK BERERTI DAN TIDAK MENAKUTKAN MUSUH.. mereka ini diibaratkan seperti biuh2 dilautan.." tahukan kamu apa tue biuh2 dilautan..? tanyalah pada diri.. zaman sekarang, kita lebih mengutamakan dunia berbanding akhirat bukan?? YA... MEMANG.. kita hidup untuk dunia sahaja ke? TIDAK.. tapi nape masih wujud masalah2 sedemikian...? kwn2... kita hidup ini bukan hanya tuk dunia semata2.. malah tuk akhirat juga..xsalah untuk mencari dunia namun cukupkan kita dalam mencari dunia akhirat?? tepuk dada tanya iman..
4S 3F ... ??? apa tue?? pemikiran kita sekarang dah banyak dipengaruhi oleh negara barat.. banggakan org barat sekarang.. mereka secara peratusan besarnya dah berjaya melalaikan kita sebagai seorang umat NABI MUHAMMAD S.W.T... mereka nie dah jajah ideologi kita dengan 4S 3F nie la.. 4S : SPORT, SEX, SONG, SMOKE dan 3F : FUN, FOOD, FESYEN..secara sedar xsedar inilah yang kita lakukan kan.. betul lah tue.. anggukkan kepala.. hehehe..
semua nie xsalah klu nak ikut tapi biar la ikut syariat.. ISLAM sendiri xmelarang tuk kita berhibur tapi biarla kena tempatnya..bukannya melalak sini sana, terlompat2 sana sini..laki pempuan campur.. elok ke org tgk kita cmtue.. malu la sikit kawan2.. ISLAM juga suh kita bercantik2 tapi bukannya cantik2 tue perlunya pakai eye shadow 6
inci, baju dress-up terdedah sana sini..baik laki baik pempuan.. aurat laki antara pusat ke lutut kan.. tapi nk masih nk tayang lutut2 tue en2 abg semua.. aurat pempuan pulak dri hujung rambut sampai hujung kaki..tapi nape nak show2kan rambut yang cntik, body yg cntik..simpanlah utk aset kepada si suami kita nty cik2 akak,adik syg.. kan lagi sweet tue.. bersukanla kamun tuk kecerdasan tetapi penuhilah tuntutan agama dlu..nak main bola petang2 mainla asal solat asar dlu.. nk tgk bola tgh2 malam tgklah asalkan solat isyak dlu..ag cun klu dapat buat qiam.. kan dh dapat kumpul aset akhirat secara xlangsung.. 4S  3F biarlah dijalan yang betul ok kengkwan.. snggup ke kita nty bile tiba masa kiamat kita nie ibarat biuh dilautan.. hidup selama bertahun,, berpuluh2 tahun tapi xberkuali.. berjaya di dunia bukan bermakna berjaya diakhirat tau.. tetapi sesiapa yang berjaya diakhirat insya allah dia akan perolehi kejayaan didunia.. hah!!! satu lagi nk tanya.. sejujur2nya.. kamu semua pernah x bukak al-quran dan baca..?? klu pernah bpe kali sehari baca?? klu xpernah..bacalah al-quran tue.. al-quran tue la pedoman dan petunjuk kita.. klu dengan al-quran pun kita lupa apatah lagi kita dengan ALLAH..amalan2 yang lain.. xkanla bila kita ditimpah musibah baru n cari ALLAH..AL-QURAN tapi bile senang semua tue dilupakan.. renung2kan selamat bermuhasabah diri..
~ saya harap apa yang saya celotehkan ini dapatlah difahami.. ini juga peringatan tuk diri saya sendiri.. setiap orang ada kelemahan dan kelebihan tersendiri.. jadi marilah kita bersama2 mengubah dan menambah baikkan kelemahan yang kita.. sesungguhnya ALLAH maha pengasih maha penyayang.. 
( al-asr : 1-3 )
sekian.. wassalam...

Tuesday, September 13, 2011

no komen!!

assalamualaikum sume...thnkz cz follow my blogger yg xberapa nk blogger nie..lamenye xupdate blogger nie..xtau nk entry pe..tp apepn ak try gk r nk story mory kt cnie..mggu nie mggu stdy week n next week ak kan exam..takut+excitet cz xsaba nk habis bljar kt cnie..asgment pun sume dh settle tggl nk wt tesis je nie..cm2 masalh ak hadapi skunk nie..malas, suke bebeno kua, snap picture..hhaa...betapa bestnye time tue..ak pun xtau nk stiry pe lam nie..ase cm lintang pukang je nie..hahaha..xpe r ak chow dlu r..fikiran ak ngn kucar lana nie..bye2 fren..



Thursday, July 7, 2011

16 GoLOnGAN YaNg TIdAK DaPAt MeLiHAt wAJAh ALLAH KeLAk...



Salah satu nikmat yang paling besar yang dikecapi oleh penduduk syurga ialah mereka dapat melihat dan menatap wajah Allah Azza Wajalla. Allah berfirman dalam Surah al Qiamah ayat 22-25

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاضِرَةٌ إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ

وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ بَاسِرَةٌ تَظُنُّ أَن يُفْعَلَ بِهَا فَاقِرَةٌ

Pada hari akhirat kelak, muka (orang-orang yang beriman kelihatan) berseri-seri; justeru mereka dapat menatap wajah Tuhannya. Sebaliknya muka (orang-orng kafir) serba muram dan pucat hodoh justeru mereka yakin akan menghadapi seksaan yang berat dan dahsyat.

Namun bagi orang yang bernasib malang mereka tidak akan dapat masuk syurga dan menatap wajah Allah . Golongan yang tidak akan dapat menatap wajah Allah yang mulia ialah :

1. Orang yang menjual janji setianya dengan Allah dengan harga yang tidak seberapa daripada habuan duniawi yang fana ini.(Orang bersumpah palsu) Allah berfirman :

إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَناً قَلِيلاً أُوْلَـئِكَ لاَ خَلاَقَ لَهُمْ فِي الآخِرَةِ وَلاَ يُكَلِّمُهُمُ اللّهُ وَلاَ يَنظُرُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلاَ يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ)— آل عمران : 77

Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya

2. Pemerintah yang menjauhkan diri dari suka duka rakyat, tidak peduli kepada penderitaan mereka dan tidak kesihan terhadap kemiskinan dan keperitan hidup yang dihadapi oleh mereka.

عن أبي مريم الأزدي رضي الله عنه قال:قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (من ولي من أمور المسلمين شيئاً ،فاحتجب دون خلّتهم ،وحاجتهم ،وفقرهم، وفاقتهم، احتجب الله عنه يوم القيامة، دون خلّته ، وحاجته ، وفاقته، وفقره )

Abu Mariam al Azadi R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda :

“ Siapa yang memikul apa-apa jawatan atau tugas menguruskan orag Islam namun dia gagal memenuhi tanggongjawab dan dia mengelak daripada menyelesaikan keperluan mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaan umat Islam nescaya Allah akan mengelak (menjauhkan diri) daripadanya pada hari kiamat kelak daripada menyelesaikan keperluannya yang mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaannya pada hari tersebut.”

Hadith Sahih riwayat Abu Daud dan dianggap berstatus sahih oleh al Albani.

3. Orang Tua yang Berzina
عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ( ( ثلاثة لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولا ينظر إليهم ، ولا يزكيهم ، ولهم عذاب أليم: شيخ زانٍ ، وملك كذّاب ، وعائل مستكبر ) أخرجه مسلم

Abu Hurairah R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda:

“Tiga orang yang Allah enggan bercakap-cakap dengan mereka pada hari kiamat kelak. Allah tidak sudi memandang muka mereka, Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda) . Untuk mereka disiapkan seksa yang sangat pedih. (Mereka ialah ): Orang tua yang berzina, pemerintah yang suka berdusta dan fakir miskin yang takabbur.”

Hadith ditakhrijkan oleh Muslim.

4. Pemerintah Atau Kerajaan Yang Suka Berbohong (Dusta)

5. Orang miskin yang takabbur

6. Orang yang tak sudi menolong walau dengan mengajukan seteguk air.

في حديث ابي هريرة (……. ورجل منع فضل ماء ، فيقول الله : اليوم أمنعك فضلي ، كما منعت فضل مالم تعمل يداك

Dalam Hadith riwayat Abu Hurairah ada disebutkan prasa berikut: .. orang yang enggan memberi lebihan air minum (yang dia miliki kepada orang yang keputusan air minum). Sehingga Allah bersabda : Pada hari ini Aku akan menghalangmu daripada mendapat lebihan kurniaKu, persis sepertimana kamu menghalang orang lain daripada mendapat kurniaan yang bukan tangan kamu yang menciptanya.

7. Pembai’ah dan pengundi pemimpin kerana kebendaan

وعن أبي هريرة - رضي الله تعالى عنه - قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ( ‏ ثلاثة لا يكلمهم الله يوم القيامة، ولا ينظر إليهم، ولا يزكيهم، ولهم عذاب أليم: رجل على ‏ ‏فضل ‏ ‏ماء ‏ ‏بالفلاة، ‏ ‏يمنعه من ‏ ‏ابن السبيل، ‏‏ ورجل بايع رجلا بسلعة بعد العصر، فحلف له بالله لأخذها بكذا وكذا فصدقه، وهو على غير ذلك، ورجل بايع إماما لا يبايعه إلا للدنيا، فإن أعطاه منها وفى، وإن لم يعطه منها لم يف ) متفق عليه.

Dalam hadith riwayat Abu Hurairah bahawa Rasulullah pernah bersabda

”Tiga orang Allah tidak akan bercakap cakap dengannya pada hari kiamat kelak. Malah Allah tidak akan menoleh (memandang) kepadanya, Allah tidak akan menyucikan dirinya (daripada dosa) . Sebaliknya disediakan untuknya seksa yang sangat pedih. Pertama; orang yang mempunyai bekalan air yang banyak di suatu kawasan lapang atau sahara tapi ia enggan untuk memberi minum ”Ibnu al Sabil” para musafir (yang kehabisan bekalan minuman ). Kedua; orang yang menawar untuk membeli barangan selepas asar dengan bersumpah atas nama Allah; bahawa dia akan membeli atau mengambil barang itu dengan harga tertentu.Janjinya itu dipercayai benar oleh penjual. Pada hal dia sebenarnya langsung tidak berniat untuk membelinya . Ketiga; orang membai’ah pemimpin (mengundi dan memilih atau melantik pemimpin) semata-mata kerana perhitungan keduniaan (kebendaan). Kalau orang yang dipilihnya itu memberikan janji habuannya maka barulah dia akan menunaikan kewajibannya. Kalau tidak ia akan bersikap enggan (atau ingkar).” (Hadith Muttafaqun ’alaihi)

8. Penderhaka Ibu Bapa
Rasulullah bersabda:

عن عبدالله بن عمر رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لاينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة :العاق لوالديه ، والمرأة المترجلة المتشبهة بالرجال والديوث) صحيح أخرجه أحمد والنسائي

Abdullah Bin Omar R.A. meriawayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda:

“Tiga orang Allah tidak akan sudi memandang wajah mereka pada hari kiamat kelak: Penderhaka kepada dua ibu bapanya, wanita yang berlagak lelaki yang meniru kaum jantan dan golongan orang Daiyuth. Hadith sahih ditakhrijkan oleh Ahmad dan Nasaii

9. Wanita yang berlagak seperti lelaki (Tomboy)

عن عبدالله بن عمر رضي الله عنه قال :قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لاينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة :العاق لوالديه ، والمرأة المترجلة المتشبهة بالرجال والديوث ) صحيح أخرجه أحمد والنسائي

10. Orang Lelaki yang Dayus

Suami atau bapa yang tidak lagi mempunyai rasa cemburu dan maruah diri sehingga membiarkan isteri berjahat dengan orang lain tanpa rasa cemburu dan marah

Apabila perasaan cemburu yang positif ini sudah tidak ada lagi dalam diri seseorang ; maka tidak ada usaha untuk menentang kemungkaran terhadap maruah keluarga atau diri sendiri. Dengan itu kejahatan akan bermerajalela.

11.Pengamal Budaya Kaum Luth


عن ابن عباس رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (لاينظر الله - تعالى- إلى رجل أتى رجلاً ، أو امرأة في الدّبر ) صحيح اخرجه الترمذي

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : Allah tidak akan sudi memandang wajah orang yang menyetubuhi lelaki atau mendatangi isterinya di duburnya. Hadith sahih ditakhrijkan oleh al Turmuzi

12. Pengamal Seks Abnormal

Golongan ini termasuk kalangan yang bernafsu terhadap binatang dan tergamak melakukan hubungan jenis dengan binatang .

13.. ”Al-Mannan” atau pemberi yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya; baik lelaki mahupun perempuan.

عن ابي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاثة : ( لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولايزكيهم ، ولهم عذاب أليم ) فقالها رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاث مرار ، فقلت : خابوا وخسروا من هم يارسول الله قال: المنان والمنفق سلعته بالحلف والمسبل ازاره ) اخرجه مسلم

Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “ Tiga orang Allah tidak akan bercakap-cakap dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda) malah disiapkan untuk mereka seksa yang sangat pedih. Baginda mengulang prasa itu tiga kali. Lalu (kata Abu Zar) aku pun menambah, malang , kecewa dan rugilah mereka ; siapakah mereka itu wahai Rasulullah?. Beginda menjawab al Mannan atau orang yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya, orang yang melariskan barang jualannya dengan sumpah (palsu) dan orang suka melabuhkan pakaiannya ( kerana-menunjuk- nunjukan kekayaan ).

Hadith di takhrijkan oleh Muslim

14. Orang suka menunjuk-nunjuk kekayaan dengan pakaian labuh menyapu tanah dan berjalan di muka bumi dengan angkuh 

المسبل إزاره المختال في مشيته

“Orang melabuh-labuhkan pakaian (menunjuk-nunjuk kekayaan dengan sikap boros) yang berjalan dengan cara bermegah-megah dengan diri sendiri.”

15. Penjual yang melariskan barang jualannya dengan cara berdusta dan membohong

عن ابي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولا يزكيهم ، ولهم عذاب أليم : المسبل إزاره ، والمنان ، والمنفق سلعته بالحلف الكاذب ) أخرجه مسلم في كتاب الإيمان

Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda :

Tiga orang Allah tidak akan bertutur kata dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan mereka dan untuk mereka disediakan azab yang sangat dahsyat… penjual yang melariskan barang jualannya dengan sumpah palsu.

16.Isteri yang tidak berterima kasih terhadap suami


عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ( لاينظر الله إلى امرأة لاتشكر لزوجها وهي لاتستغني عنه ) صحيح أخرجه النسائي وصححه الالباني

Abdullah Bin Omar R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: “Bahwa Allah tidak akan memandang muka isteri yang tidak berterima kasih (kufur nikmat) kepada suaminya. Pada hal dia sendiri tidak boleh tidak memerlukan kepada suaminya itu.”

Monday, May 16, 2011

diz week...

lme sudah ak xon blog n entry diz..nway thnkz to all of u..cz read my entry..huhu...kelmarin..ak g kedai nk topap my credit..pnye r dh lme ak xon no clcom smpaikan ak ley cilap no fone..kelam kabut ak diwtnye...pe ag r..ak pn terus cll no yg ak tersilap masuk credit..perghh..bapak juh..srawak bantainya..hahaha..xpe r..srawak pon srawak r jnji ak nk balik credit ak..alhamdulillah org tue bg balik credit ak tue..kteorg pon msj2 r..juz gtue2 jer..hahaha..

Sunday, April 10, 2011

MUKAYYAM

7-8 APRIL 2011 telah berlangsungnya satu program yg dijalankan oleh kolej kami iaitu mukayyam..tema mukayyam kali ini adalah ukhwah..bagaimana kita nak mengeratkan ukhwah..dan pelbagai lagi..inilah reaksi kteorg sebelum gerak ke tmpat mukayyam..candid sana cnie..

             nie kami pose kat dpn hostel kami..bersama kak ruby ngn kak diana

                                            bilik yg berselerak..xdan nk kemas..kelam kabut..

                                            nie nama dye sharifah rehan bt syed idris..model pkok

                                                 nie lah roomate ak..rubiatul adawiyah bt adzmi..

                                                nie pula ak..ntah ape2 jer upenya..suke beno peluk

                                                       ak ngah menunggu ketibaan kereta

         kami bertiga bersama lecterer kami..dari indonesia



seronoknya bila dh naik kereta alza..bising gilo kami dlm nie





seronoknya..best tau..kteorg xsangka tempat yg kteorg pegi ini agak pendalaman skit r..dgn tempatnya berlopak2 r.. inilah antara picture kami wktue smpai ke tpak mukayyam pd jam 6.30ptg..







pada jam 6.45ptg kmi diminta utk berkumpul..menberi kumpulan serta memasang khemah yg telah disediakan oleh pihak kolej..sesudah masuk waktu mgrib kami semua solat magrib berjemaah.. start magrib tentatif program pun bermula..bacaan al-ma`surat dan sedikit tazkirah oleh puan Na..selepas itu perut kami pun dh mula meragam diminta utk diisi..mujrlah xlama slps itu mereka memberi kami mkan..makan dlm kegelapan..sebab lampu xda..sedih sungguh lah dah r dgn ada nyamuk..ya allah xtahannya..









 lepas isyak program ini dirasmikan oleh En Wan Yusuf dan stelah tue fasilitator memberi peraturan..antara peraturannya adlh diminta utk menyerahkan handset, pkaian yg syarie, jaga perckapan, mesti bekerjasama dan pelbagai lagi.. kami diberi brg amanah oleh pihak fasilitator iaitu mancis, lingkaran nyamuk dan tmpat asah mancis..kami kne jge brg amanah dgn baik ntnpa ada sebarang cacat celanya..kemana shj pegi kne bwk brg amanah..alhamdulillah kami diberi keizinan utk tidur awal..jam10.30mlm..11.00-1.00pg kumpulan kami rihasoh..setiap kumpulan mesti kena rihasoh..rihasoh tue jge mlam..kui 3.30pg kami dikejutkan oleh siren..kami dgn ngntuk2 terpkse r bangun..klu x mmg kne jirus air ngn denda r jawabnya..xmao aku..urmm...dlm kui 3.30 lebih bermulalah aktiviti..aktiviti tue adalah perang saudara..bunyi perang?? msty kne perangkan..meme pun..kne perang tp bukan perang gne snjata.. stiap kumpulan kne serang kumpulan tertentu..kumpulan yg mnyerang tue kne curi ketua kumpulan yg diserng tue..bgaimna cara utk kita mencuri ketua kumpulan tersebut..hanya tgn dan kaki shaja tmpat yg dienarkan diusik..tempat sensitif xdibenarkan..motif aktiviti perang saudara ini dalah bagaimana cara kita bersatu padu utk melindungi pemimpin kita agar xjatuh ke tgn orang lain..selain drpada tue, bgaimana cara kita mgtur strategi dlm megalahkan pihak lawan.. selesai shja permainan tersebut kami disuruh duduk dlm kumpulan..kmdian diagihkan nama utk membuat aktiviti seterusnya..aktiviti ke2 adalah aktiviti kenal shabat..mengutarakan apa kebaikan shabat..apa hasrat shabat kepada pasagan yg digandingkan..motifnya utk mengeratkan lagi ukhwah, meleraikan persengketaan antara shbat..kira cm muhasabah diri r..cmpai r subuh..kami pun solat subuh..dlm kui brapa ntah..kami pun beriadah..kmdian baru makan..makan bihun..sedap..cm nak tambah ag..tapi xboleh..tetapi sementra mnggu mkanan siap dihidangkan kami diberi pengisian tentang perkahwinan & percintaan..


                                                    ini kumpulan aku




perut dh kenyang hati pun dh senang..kami pun berkumpul semula mengikut kumpulan utk menlanjutkan aktiviti seterusnya iaitu eksplorace..tmpat kami eksplorace bkn kt hutan ker, gunung ker pe ker..tapi kt tepi pantai..pantai melawi..

                                                              inilah tempatnya..

semua check point ada 11..cm2 kene wat..kumpulan kami check point pertama kne bubuh air lam botol gune badan tanpa tgn..check point ke2 kne bina sebuah bgunan yg berasaskan pasir yg ad 5konsep iaitu agama, pengurusan masa, pertahanan, bekerjasama dan xigt dh..check point ke3 kne wt roket kertas kemudian terbangkan sjauh jarak 5langkah kaki..aku xdpt wt roket sbb dh upe cmner wtnya..huhu..lawak r..bnda senang jer..pastue g ke check point ke4 iaitu cri kertas klue tue kt buah kelapa..bile dpt klue tue kami pun bergerak ke tempat klue tue..klue tue ada kt tyar kereta..tp kami xdpt sbb ada 1kumpulan tue dh tersilap amik..mao setgh jam gk r kami kne mnunggu barulah dpt info bhwa klue tuk kumplan kami dh xda..so kami pun g ker sorg penjge check point nie..kne ikat kaki sesama ahli kumpulan kmdian cri ketam, kerang, siput dan ranting kayu..barulah kami boleh dpt check point tuk ke5..seterusnya check point ke6 adalah kne mcri klue tue kt area penginapan kami..dh dpt..yerh..g r kat pjge check point yg kecil molek di check point ke7, kene wt masukkan semua bdan ahli kumplan lam 1kertas A4..mean kene potong ketas tue..dh lulus..brulah kami boleh dpt klue yg ke8..g r check point ke8 tue..kne wt jadi sibuta dan sibisu..patue jln dgn arahan si bisu..cmner cara tuk komunikasi..xigatlah check point ke9 ngan ke10..btui2 xigt..byk cgt..kehulu kehilir..yg igt last sekali check point ke11..kami kne cri 2bj bnda wrne coklat n sebji wrne hijau..upe2nye telur ngn epal hijau..diminta masak telur tue..alhamdulillah telur yg kami masak tue berhasil..siap hangus dan kecut ag tue..hahaa..jd r telur panggang..ada gk kumpulan len yang telur dye xmasak..terpakse kne telan gk r..klu x..xdpt lepas eksplorace tue..kumpulan kami berjaya mdaptkan pigat gangsa..yg ke3..yahooo...eksplorace tue tamat jam 11.00pg..ngn panas teriknya kami harungi eskplorace tersebut...ble dh dpt memenangi tmpat ke3 kami ase berbaloi..kami igt kumpulan kami last sekali sbb kami dh ptus asa n xlarat dan ada masalah teknikal time tue.. ini antara aktiviti yg dilakukan..tp kumpulan kami xda..kumpulan lain jer yg ada..frust sekejap..hahaha








                          jgn pikir lain k..ini kene agihkan coklat tue kpd ahli kumpulan dgn hanya mggunakan mulut..

bile dh settle ekplorce nie kami pun duk r rehat....ada yg membersihkan diri..sbb dh redah air pantai kan..masa yg diberi oleh pihak fasilitator smpai kui 12.30tgh shja..sbb kui 12.30 tue nk mkn tghri..kami menunggu zhur..dh zhur kami pun menunggu slot seterusnya..ada sesi ceramah oleh cikgu Alawiyah..sampai r asar..ngantuk2 gk r kami mendengarnya..sbb penat kan..mujur penceramah tue memahami..

                                                




selepas asar kami pun bersiap tuk balik..suka sukinya dpt balik..hahhaa..tapi sebelum balik ada satu ag aktiviti..iaitu aktiviti xkenal maka xcinta..aktiviti ini diminta tuk melukis salah sorg ahli kumpulannya..tp setiap ahli kumpulan kne lukis kwn dye..kmdian kne tahu background ahli kumpulan dye..ske ape, nama penuh apa, makan pe, suka wt pe, hobi pe, baju saiz pe..n pelbagai ag..huhu..pastue fasilitator akn pggil stiap kumpulan tuk kedepan n memberitahu maklumat ahli kumpulan dye..klu maklumat tue slah ngn mklumat sebenar ahli tue..akn dikenakan hukuman..kene tahi lalat free..sek bek ak xkene..sbb mklumat ak bg betui..hhaha...tp ada je kumpulan len ken tahi lalat..siap ad 2/3 tahi lalat free tue..cantk..!!haahaha















                                                          inilah akibatnya klu jwpan salah...




ini kumpulan aku..hahaha..ape yg aku cuba lakukan tue??


inilah last aktiviti  kami.. dan sebelum kami pulang ke kolej..kami bercandid2 dhlu..berposing2 cm org xnah dpt kamera..haha..nk tgk x..??? mai tgk2..
















selamat membaca post yg ntah pape nie..inilah perjalanan program kteor...walaupun kteorg hanya wt 2hari 1 malam tp..ianya meninggalkan kesan yg begiru mendalam,..terima kasih kpd yg telah mjyakan program nie dan juga kepda akak senior yg merangkap fasilitator program mukayyam..