Monday, March 21, 2011

persahabatan

persahabatan adalah jalinan ukhwah yang dijalankan oleh seseorang individu..saya percaya ramai dikalangan kamu semua mempunyai sahabat sama ada sesama jantina mahupun berlainan jantina.. kamu semua mesti sayang kan sahabat kamu itu.. apa perasaan kamu jika ada sahabat kamu cuba menjauhkan diri dari kamu?? pe yang kamu rasakan..?? sedihkan!! begitu juga dengan perasaan saya.. saya sedih dengan sikap sahabat saya yang kini makin menjauhkan diri dari saya..mungkin juga dia telah mendapat sahabat baru di IPTAnya..saya selalu mengikuti perkembangannya kerana saya tidak mahu dirinya dikecewakan dan tidak mahu dirinya sedih...walaupun dia begitu namun saya tidak menyalahkan dirinya di atas perubahannya yang begitu kerana saya tahu dia baru nak mengecapi nikmat kehidupan di negara orang.. akan tetapi..
> dalam episod yang lain pula, saya gembira melihat perubahan sahabat saya yang sorang lagi nie.. walaupun nampak die sorang yang tidak ada masa depan. kemajuan namun die mempunyai bakat yang terpendam.. saya kagum dengan bakat yang dianugerahkannya itu.. sebab saya tidak mempunyai bakat seperti die.. perhubungan yang kami jalinkan kini makin rapat bagaikan magnet yang berlainan kutub..walhal kami sejantina..mungkin juga kisah silam kami diusia remaja dahulu menjadi perantaraan persahabatan.. kini die tidak lagi seperti dahulu..kini die sorang yang peramah, tidak lagi beremosi, mula meningkat matang..dan pelbagai lagi.. saya sentiasa memberi dorongan pada die..saya tidak mengharapkan apa-apa pembalasan drinya.. hanya yang saya inginkan adakan kebahagian dirinya..saya bahagia melihat sahabat-sahabat saya bahagia.. selain itu..
> ada sorang lagi sahabat saya..saya telah mengenalinya selama 7tahun.. alhamdulillah persahabatan kami masih utuh.. segala hal dirinya saya ketahui begitu juga dengan hal diri saya..masalah die masalah saya juga.. die memahami saya dan begitu juga dengan saya.. walaupun kami jarang berhubung kerana kedua-dua sibuk dengan urusan masing-masing namun kami tidak lupa antara satu sama lain..kami ibarat kembar yang tidak seiras.. ya allah.. engkau berkatilah perhubungan kami ini serta kawan-kawanku yang lain..engkau panjangkanlah umur kawan-kawanku.. engkau berikanlah kawan-kawanku kebahagian dan kejayaan..engkau berikanlah kawan-kawanku hidayahmu..ya allah..
kawan-kawanku..terima kasih kerana sudi menjadi kawanku..sudi melayan kerenahku..
hargailah persahabatan yang telah kamu bina baik jangka masa yang lama ataupun jangka masa yang pendek..walaupun persahabatan yang dibina tue menghadapi krisis dan jurang janganlah kamu semua terus memutuskan persahabatan tue..

3 comments: